Friday, 17 June 2011
Order untuk chicken quiche!
Hari ni pepagi tichu dah ke dapur sbb ade kawan office order quiche ayam. Dia order dah 2 minggu lepas tapi arini baru tichu dpt buat. Since dia order utk makan sendiri, so dia kata tichu buat bila free. And biasanye kenkawan ofis dah tau yg tichu biase buat ape2 utk dijual pd ari jumaat. Kawan tichu oder 21 ketul - 15 utk makan sendiri dgn famili and lagi 6 nak bagi jiran. So tichu wat lebih sikit utk dijual pd kenkawan ofis yg lain.
Biasenye kalau ade oder, tichu dah siapkan pastri nye sehari sebelum. Tapi bahan isi baru dibuat pd ari oder perlu dihanta. Jadik makanan freshly baked. Suka rasa dpt bagi pd pelanggan food yg masih panas lagi. Pagi tadi kul 7.30 (lepas anak2 suma ke sekolah), tichu mula wat isi quiche. Senang je sebenarnye. Cuma tumis bawang besar yg dihiris sehingga keperang-perangan. Angkat. Kemudian, dgn minyak yg sama, tumis sedikit bawang putih dan masukkan isi yg kita nak. Tadi tichu pakai isi ayam yg dihiris. Kekdg tichu pakai isi udang. Pastu, tambah garam and lada hitam. Itu je. Utk sos nye je byk sikit bahan. Kita perlu kacau fresh milk dgn tepung sikit atas api. Bila dah panas, masukkan cream, telur and cheese. Pastu garam and lada hitam. Kita letak lah isi tadi dlm pastri, taburkan dgn daun bawang yg dihiris, and tuangkan sos nye. Bakar selama 10-15 minit. :)
Tichu jual quiche ni RM1.50 satu. Kalau kat restoran, tersgt lah mahalnye quiche ni. Tak caya, g check kat delifrance. Tapi org lain biase buat quiche dlm bekas tart yg besar and dijual ikut slice. Satu slice antara RM4.00 - RM6.00. Tgk pada tempat. Cuma tichu je yg suka saiz kecil ni sbb senang makan and comel. Lagipun, tak lah dipotong2 and berderai inti nye.
Kalau teringin nak makan quiche, order la dgn tichu. InsyaAllah sedap sehingga teringat-ingat! Dan nak order lagi, dan lagi, dan lagi.... hehe.
Sehingga ketemu lagi.... wassalam!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



No comments:
Post a Comment