Friday, 17 June 2011

Order untuk chicken quiche!




Hari ni pepagi tichu dah ke dapur sbb ade kawan office order quiche ayam. Dia order dah 2 minggu lepas tapi arini baru tichu dpt buat. Since dia order utk makan sendiri, so dia kata tichu buat bila free. And biasanye kenkawan ofis dah tau yg tichu biase buat ape2 utk dijual pd ari jumaat. Kawan tichu oder 21 ketul - 15 utk makan sendiri dgn famili and lagi 6 nak bagi jiran. So tichu wat lebih sikit utk dijual pd kenkawan ofis yg lain.

Biasenye kalau ade oder, tichu dah siapkan pastri nye sehari sebelum. Tapi bahan isi baru dibuat pd ari oder perlu dihanta. Jadik makanan freshly baked. Suka rasa dpt bagi pd pelanggan food yg masih panas lagi. Pagi tadi kul 7.30 (lepas anak2 suma ke sekolah), tichu mula wat isi quiche. Senang je sebenarnye. Cuma tumis bawang besar yg dihiris sehingga keperang-perangan. Angkat. Kemudian, dgn minyak yg sama, tumis sedikit bawang putih dan masukkan isi yg kita nak. Tadi tichu pakai isi ayam yg dihiris. Kekdg tichu pakai isi udang. Pastu, tambah garam and lada hitam. Itu je. Utk sos nye je byk sikit bahan. Kita perlu kacau fresh milk dgn tepung sikit atas api. Bila dah panas, masukkan cream, telur and cheese. Pastu garam and lada hitam. Kita letak lah isi tadi dlm pastri, taburkan dgn daun bawang yg dihiris, and tuangkan sos nye. Bakar selama 10-15 minit. :)

 Tichu jual quiche ni RM1.50 satu. Kalau kat restoran, tersgt lah mahalnye quiche ni. Tak caya, g check kat delifrance. Tapi org lain biase buat quiche dlm bekas tart yg besar and dijual ikut slice. Satu slice antara RM4.00 - RM6.00. Tgk pada tempat.  Cuma tichu je yg suka saiz kecil ni sbb senang makan and comel. Lagipun, tak lah dipotong2 and berderai inti nye.

Kalau teringin nak makan quiche, order la dgn tichu. InsyaAllah sedap sehingga teringat-ingat! Dan nak order lagi, dan lagi, dan lagi.... hehe.

Sehingga ketemu lagi.... wassalam!

Thursday, 16 June 2011

Hey Nasi Goreng...


Kadang kala tichu rasa malas nak masak lauk beria2 utk makan tghari/ malam. Jadik, the easy way out is masak nasi goreng! Ade mcm2 versi nasi goreng ni...ade nasi goreng cina, nasi goreng ikan masin, nasi goreng pataya, nasi goreng kerabu, nasi goreng usa...hatta nasi goreng AFRIKA pun ade! Mcm boleh agak la kan warna nasi goreng tu!

Ape pun jenis nasi gorengnye, cara masakan tetap sama. Ade beberape perkara penting dlm penyediaan nasi goreng yg sedap. First yg paling penting ialah NASI SEJUK. Kalau nasi panas, nasi akan jadik lembik and tak berderai. Tak perlu sejuk mcm baru kuar dr peti ais..cukup la dgn nasi sejuk suhu bilik. Hehe. Pastu, bahan2 nye paling sedap kalau ditumbuk, esp cilinye. Jgn pakai cili boh. Tak berape best. Tumbuk bawang merah, bawang putih and cili (samada cili biase or cili padi, ikut pd tahap kebakaran lidah yg dikehendaki). Tumbuk JANGAN sampai lumat sgt. Biar kasar2 sikit. Dan lagi satu yg juga sgt penting ialah, bahan2 yg ditumbuk tadi mestilah digoreng garing. Kene betul2 garing. Tak boleh letak air tau. Nanti bawang lembik...tak best.


Kalau tichu wat nasi goreng kampung (spt dlm gambar), tichu akan goreng dulu ikan bilisnye. Lepas ikan bilis garing, angkat and biar kat tepi. Dgn minyak yg sama, gorengkan isi ayam/ udang/ sotong yg nak dimasukkan. Angkat and letak tepi. Kemudian tumiskan bahan2 yg dah ditumbuk sehingga garing. Masukkan telur kalau nak, and sayur kangkung. Kene masuk satu persatu n pastikan selepas setiap bahan diletak, api dibesarkan supaya airnye kering. Masukkan semula ayam/udang/sotong tadi. Goreng sekejap and pastikan bahan2 mesti betul2 kering baru boleh masuk nasi. Goreng nasi sehingga betul2 sebati. Tichu biasanye goreng nasi lama sikit. Ade 2 kebaikan- nasi tak mudah basi (kekdg sampai esok pun tak basi!) and nasi akan berderai cantik. And pastikan  guna api besar and kuali besar. Dgn sudip2 sekali besar! Hehe. Kalau kuali kecik tapi goreng nasi terlebih muatan, nasi tak betul2 garing. Last sekali, taburkan bilis and gaul kejap. Terus tutup api and sedia utk dihidang!



Tentu semua perasan yg tichu berulang kali sebut GARING. Mmg itulah kata utama nye. Itu sbb nasi goreng di warung tu sedap. Sbb kualinye besar, apinye besar dan bahan2 garing. :) Selain sepikul MSG yg ditambah dlm nasi goreng tu!!! Tapi kita tak perlu pun tambah MSG nak bagi sedap. Nak tips macamana nak bagi masakan sedap tanpa perlu letak perisa tambahan spt MSG? Kene lah tunggu blog entry yg seterusnye InsyaAllah. 

Sekian, wassalam. 

Thursday, 9 June 2011

Spaghetti Day!






Salah satu menu kegemaran anak2 tichu ialah spaghetti. And since diorang akan makan dgn byk and berulang2 kali, tichu rasa lebih berbaloi masak sendiri kat rumah. Kalau makan kat luar kekadang terbeli yg tak sedap. Mahal lak tu. Baik masak sendiri..lebih berkhasiat utk anak2. :)

Di sini tichu nak share resepi yg tichu biasa guna utk masak spaghetti.
First, kita potong dadu bawang besar and cincang halus 1, 2 ulas bawang putih. Tumiskan sampai kekuningan. Bila dah garing sedikit, masukkan tomato yg dah didadu. Ckp pasal tomato ni, tichu nak share something. Sebelum ni tichu selalu pakai tomato buah je. Dlm 2,3 biji. Tapi lepas dgr saranan chef kat AFC, tichu cuba pakai tomato dlm tin. Tichu rasa kalau pakai tomato dlm tin, warna kuah lebih cantik and rasa pun lebih sedap.

Tapi make sure beli WHOLE TOMATO (mcm dlm gambar disebelah), not diced. Sbb kalau whole tomato, diorg (pengeluar) kene pakai buah tomato yg betul2 masak ranum and elok buahnye. Tapi kalau diced (yg dah didadu), diorg pakai tomato yg mungkin rosak sebahagiannye. Disebabkan tomato tu diced, jadik tak kesah la pakai tomato rosak pun! Tichu mmg penah sengaja beli tomato diced and betul ape yg dikata chef kat AFC tu, quality dia berbeza. Rasa pun lain. Whole tomato lagi sedap.

Beberape minit lepas masukkan tomato, boleh la masukkan daging kisar. Biasanye tichu akan pakai daging tempatan (yg dibeli kat pasar tani) and kisar sendiri. Kalau tak pun, potong halus2. Semestinye lebih sedap dr pakai daging yg dah sedia kisar! Biarkan daging empuk. Then masukkan carrot yg dipotong nipis. Ini terpulang pd selera masing2. Tichu masukkan carrot sbb nak anak2 makan sayur. :) Pastu masukkan cendawan. Tichu biasa pakai cendawan ayam brands sbb confident sikit. Ni bukan nak promote ye...tak dpt komisen pun. Tichu prefer ayam brands sbb yg lain tu mcm takde cap halal pun. Tak berani den! Tapi cendawan ayam brands tu sebijik2. So kene lah dipotong kecik.
Masa ni boleh la letak tomato puree atau tomato juice. Ade org letak tomato sup. Ok gak. Last sekali tichu letak kacang panggang dlm tin (lihat gambar di atas). Ade yg suka nak letak kacang kuda dlm tin. Sedap, sedap, sedap. Tgk pd kesukaan anak2 or sendiri. 

Last sekali, jgn lupa tambah garam, gula, lada hitam and daun oregano. Tichu pakai oregano yg dlm botol. 
And lagi satu secret utk bagi spaghetti sedap ialah dgn menambah PESTO di akhir masakan. Pesto tichu dah habis bebaru ni, jadik tichu tak dpt nak letak gamba dia. Tapi kalau carik kat cold storage, tesco, mydin, insyaAllah ade. Tichu penah guna both pesto hijau and pesto merah tapi personally tichu lebih suka pesto merah. SOALANNYA.....apakah itu PESTO? Bagaimanakah rupanye? Pesto ni campuran bahan2 yg digunakan utk masakan itali. Yg bagi sedap ialah kisaran kacang pine dlm pesto tu. Kacang pine tu bagi rasa lemak dan memekatkan kuah....mcm kita pakai buah keras. Tapi hati2 bila beli pesto. Ade yg letak lemak haiwan. JGN beli sbb biasenye lemak tu diambik dr haiwan yg satu tu lah! Haiwan yg tak berape comel and berwarna pink tu! hehehe. So baca dulu ingredients pd botol pesto tu ye. 
Rupa pesto ni mcm pes tomyam. Selalu dipack dlm botol kecik mcm perencah tomyam gak. Agak2nye perkataan PESTO tu maknenye PES kot. Ceh...pepandai je tichu!! Huhu. 
Back to the recipe....lepas letak pesto (kalau nak, kalau tak letak pun takpe), biarkan seminit dua and boleh la tutup api dan hidangkan. Utk pasta nye, ikut la kegemaran sendiri. Ade yg pakai spaghetti, ade yg pakai fettuccine. Tichu suka pakai VERMICELLI. Rupa mcm spaghetti tapi halus sikit and lebih kasar dr angel hair. Boleh cuba kalau suka. :)


Ini lah hasil nye. Cuba lah resipi tichu ni. Pastu bagi komen. Kalau ok, lepas ni tak payah la pakai kuah spaghetti yg dibeli dlm tin tu. Tak real la! ;p

Sehingga ketemu lagi....wassalam.